Yakult Terus Lebar Sayap Pastikan Gaya Hidup Sihat - Berita Semasa | mStar

Yakult Terus Lebar Sayap Pastikan Gaya Hidup Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Minuman Probiotik Rasmi Institut Sukan Negara (ISN), Yakult Malaysia melancarkan trak bergeraknya dengan matlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat terutamanya di kawasan luar bandar.

Melalui program yang akan di jalankan ini, trak bergerak Yakult akan melakukan jelajah di seluruh Malaysia dengan tumpuan utama di kawasan kampung dan luar bandar.

Pengarah Urusan Yakult, Encik Hiroshi Hamada berkata,  trak bergerak ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Malaysia khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar.

"Melalui program-program yang akan di jalankan kelak, kami akan membuat penerangan berkaitankepentingan probiotik di dalam badan dan bagaimana ianya dapat membantu seseorang untuk sentiasa kekal sihat.

"Perkara ini adalah selaras dengan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan No 2) 2017, Akta Makanan 1983, yang telah memberi pengiktirafan kepada minuman probiotik, seperti Yakult sebagai minuman kesihatan yang baik untuk usus," katanya ketika merasmikan Trak Bergerak Yakult bersempena Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt) 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Khamis lalu.

Jelas Hamada, pihaknya juga akan memperkenalkan beberapa resepi yang menarik dan sihat menggunakanminuman probiotik seperti salad yakult dan jus buah-buahan dengan Yakult agar ianya dapatdi amalkan oleh setiap keluarga di Malaysia untuk menjamin kesihatan ahli keluarga dalam tahap yang terbaik.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik lain telah di rancang sepanjang program jelajah yang akan di jalankan berlangsung seperti aktiviti sukan, kuiz serta ramah mesra bersama duta Yakult yang juga selebriti terkenal, Nabil Ahmad dan Fara Fauzana.

Antara program yang telah di jadualkan adalah 'Yakult Run' di Nilai pada 14 April ini dan Hari Terbuka Kilang Yakult pada 28 April.

Sebagai rekod, Yakult merupakan penaja bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  dan satu sen setiap botol Yakult yang di jual akan di sumbangkan kepada pembangunan bola sepak negara.

Tags / Kata Kunci: Yakult , FAM , Trak Bergerak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan