Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Lancar - Berita Semasa | mStar

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 11:41 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar pagi Sabtu.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata  pergerakan trafik di lebuh raya kendalian syarikat itu dilaporkan lancar setakat 10.15 pagi.

Menurut  jurucakap itu, trafik dilaporkan meningkat di beberapa kawasan dari Tanjung Malim ke Behrang namun pergerakan lalu lintasnya terkawal walaupun satu kemalangan kecil dilaporkan di Kilometer 398.2 yang menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan hanya kawasan sebelum masuk Plaza Tol Gombak menuju ke arah pantai timur sahaja perlahan akibat peningkatan jumlah kenderaan.

"Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-Bernama
Tags / Kata Kunci: Plus , LLM , trafik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan