Adik Beradik Ditikam, Dipukul Lepas Bunyikan Hon Kereta - Berita Semasa | mStar

Adik Beradik Ditikam, Dipukul Lepas Bunyikan Hon Kereta

Diterbitkan: Rabu, 14 Februari 2018 10:05 AM

Paparan skrin daripada rakaman pergaduhan yang melibatkan dua buah kenderaan di sebuah persimpangan lampu isyarat. - Facebook/Jimmy Soo

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah video mengenai pergaduhan yang tercetus daripada kemalangan telah tular di laman sosial.

Video yang berdurasi selama dua minit itu bermula dengan mangsa yang meletakkan kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit apabila sebuah kereta lain membuat pusingan 'U' dan melanggar kereta mangsa.

Mangsa kemudiannya membunyikan hon berulang kali.

Video itu kemudian dipotong dan menunjukkan situasi di sebuah jambatan yang mana kereta Proton tersebut berhenti di persimpangan lampu isyarat dan mangsa keluar untuk memeriksa kerosakan kenderaannya.

Kemudian, seorang penumpang dari kereta Proton mengambil objek dari tempat duduk pemandu kereta dan keluar memarahi mangsa.

Pergaduhan itu dirakamkan menggunakan kamera papan pemuka.

Keadaan kesan tikaman yang berlaku ke atas abang Jimmy. - Facebook/ Jimmy Soo.

Pengguna Facebook, Jimmy Soo menyiarkan video itu berserta kapsyen yang menggambarkan kejadian itu.

"Kejadian berlaku pada 10 Februari sekitar pukul 1.18 petang ketika saya sedang menunggu di depan sebuah kedai di Kuchai Avenue," katanya melalui posting itu.

Tambah Jimmy, mereka mengejar kereta tersebut kira-kira 400 meter sebelum berhenti di sebuah persimpangan.

"Abang saya keluar memeriksa kerosakan ketika seorang penumpang kereta ity keluar dan berjalan menuju ke arah pemandu sebelum dia mula memarahi abang saya.

"Abang saya jatuh di sebelahnya dan ditikam oleh penyerang tersebut. Penyerang itu memukul saya pula ketika saya cuba bertanya tentang kejadian itu," tulis Jimmy.

Dia juga memuat naik gambar luka tikaman pada paha abangnya dan kesan lebam pada wajahnya melalui posting tersebut, termasuk laporan polis yang dibuat.

Tags / Kata Kunci: buli jalan raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan