Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Ditangguh - Berita Semasa | mStar

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Ditangguh

Diterbitkan: Selasa, 13 Februari 2018 3:00 PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sepatutnya diadakan pada Mac ini, ditangguhkan.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim memperkenankan penangguhan sambutan pada Jumaat, 23 Mac ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

"Bagaimanapun, hari kelepasan am (Johor) pada 23 Mac dikekalkan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Royal Johor pada Selasa.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan