Anggota Parlimen Paya Besar Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Anggota Parlimen Paya Besar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 12 Februari 2018 9:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira 6.45 petang tadi di rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Adik beliau, Datuk Seri Muhammad Safian berkata beliau dimaklumkan arwah yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ditemui terjatuh di bilik air.

"Setakat ini, kami masih tidak tahu sama ada arwah akan dikebumikan di sini atau di Kuala Lumpur kerana menunggu keputusan keluarganya," katanya semasa dihubungi di sini, malam Isnin.

Abdul Manan juga merupakan Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari tahun 1986 hingga 2004. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Manan , anggota parlimen , paya besar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan