Kesihatan Tun M Baik - Marina - Berita Semasa | mStar

Kesihatan Tun M Baik - Marina

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan baik selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana dilaporkan menghidapi jangkitan paru-paru.

Anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, dia tidak bertemu dengan bapanya itu pada Ahad, tetapi ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memberitahu bahawa Dr Mahathir dalam keadaan baik.

"Dia sedang berehat dan patutnya boleh keluar dalam beberapa hari lagi," kata Marina selepas berucap di acara Bersih 2.0 di Pusat Sivik di sini.

Bekas Perdana Menteri yang berusia 92 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Sabtu kerana paru-paru berikutan batuk.

"Doktor lebih suka kalau dia ke IJN kerana mereka mempunyai segala kelengkapan yang diperlukan berbanding berulang-alik ke rumahnya. Kerana itulah bapa saya berada di sana beberapa hari," kata Marina.

Katanya, jangkitan yang dialami Dr Mahathir adalah disebabkan oleh bahaya pekerjaan (job hazard) sebagai seorang ahli politik.

"Ia adalah disebabkan jadualnya dan bertemu dengan ramai orang. Saya rasa semua orang akan alaminya," kata Marina.

Namun, Marina berkata, dia yakin bahawa bapanya akan kembali 'melakukan tugas' selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Tags / Kata Kunci: Tun M , Dr Mahathir , Marina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan