NUTP Gesa Ketua Jabatan Patuh Arahan Cuti Tahun Baru Cina Kementerian - Berita Semasa | mStar

NUTP Gesa Ketua Jabatan Patuh Arahan Cuti Tahun Baru Cina Kementerian

Diterbitkan: Sabtu, 10 Februari 2018 3:48 PM

Harry Tan Huat Hock

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa supaya semua ketua jabatan di semua institusi pendidikan mematuhi arahan cuti Tahun Baru Cina 2018 yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Setiausaha agungnya Harry Tan Huat Hock berkata ini berikutan pihaknya menerima aduan daripada beberapa guru dan pensyarah bahawa ketua jabatan mereka telah mengeluarkan arahan bertentangan dengan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 10 Tahun 2017, iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018 yang dikeluarkan kementerian, yang memperuntukkan 15 dan 19 Februari (Khamis dan Isnin) sebagai cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan dan  dipersetujui pada mesyuarat Penyediaan Takwim Persekolahan kementerian.

"Setiap pengarah atau wakil negeri perlu mematuhi dan akur dengan keputusan yang diputuskan dengan mengikut surat siaran yang dikeluarkan tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini, Sabtu.

Katanya NUTP memohon Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya campur tangan dalam perkara tersebut dan seterusnya dapat menyelaraskan cuti perayaan Tahun Baharu Cina di semua institusi pendidikan agar tidak wujud salah faham di kalangan guru atau pensyarah dengan ketua jabatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: NUTP , cuti Tahun Baru Cina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan