Laluan Rahsia Seludup Warga Asing Ditemui - Berita Semasa | mStar

Laluan Rahsia Seludup Warga Asing Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 9 Februari 2018 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laluan rahsia yang digunakan untuk menyeludup keluar warga asing tanpa izin telah dijumpai oleh Jabatan Imigresen.

Siasatan yang dijalankan semasa serbuan pada Khamis di Melaka berjaya menemukan laluan itu.

Warga asing dikenakan bayaran sebanyak RM600 ke RM1,200 bagi setiap perjalanan.

Mustafar.

"Serbuan dilakukan di Padang Temu pada pukul 2 pagi dan seramai 28 suspek ditahan.

"Lokasi tersebut berhampiran dengan laut dan juga dikenal pasti sebagai titik transit bagi warga asing.

"Mereka diketahui telah masuk menggunakan bot dari Tanjung Rupat Indonesia," kata Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Kata beliau, suspek mengesahkan kepada anggota penyiasat Jabatan Imigresen tentang titik transit itu.

"Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan drastik untuk menutup laluan itu.

"Kami juga akan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kedaulatan negara."

Suspek dibawa ke depoh tahanan imigresen Machap Umboo untuk siasatan lanjut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan