Kereta Guru Hangus, Katanya 'Powerbank' Jadi Punca - Berita Semasa | mStar

Kereta Guru Hangus, Katanya 'Powerbank' Jadi Punca

Diterbitkan: Jumaat, 9 Februari 2018 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH kenderaan jenis Honda CR-V milik seorang guru lelaki terbakar dalam kejadian yang berlaku di kawasan Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, Kedah.

Ia dikatakan berpunca daripada powerbank yang diletakkan di dalam kereta yang tiba-tiba meletup dan terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Bomba, Mohamad Mustakim Mukhtar bagaimanapun berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tags / Kata Kunci: SK Paya Kemunting , terbakar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan