Suspek Utama Pembunuhan Tharani Ambil Cuti Sakit Pada Hari Kematian Mangsa - Berita Semasa | mStar

Suspek Utama Pembunuhan Tharani Ambil Cuti Sakit Pada Hari Kematian Mangsa

Diterbitkan: Khamis, 8 Februari 2018 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suspek yang membunuh D. Tharani menghubungi tempat kerjanya pada hari wanita itu dibunuh untuk memberitahu dia sakit, kata seorang rakan sekerja yang enggan dikenali.

Katannya, suspek yang berusia 37 tahun itu berkata, dia tidak hadir bekerja kerana mendapat cuti sakit selama dua hari.

"Dia telefon pada pukul 12.45 tengah hari untuk memberitahu saya tentang perkara ini (sakit), tapi entah mengapa dia muncul dan pergi bersama Tharani dengan menaiki kereta wanita itu.

"Saya terkejut apabila mengetahui berita dia dibunuh dan suspek pula serah diri. Saya bercakap dengan suspek kira-kira 45 minit sebelum Tharani dibunuh," katanya ketika ditemui di tempat pembakaran mayat di Sentul pada Rabu.

Sumber mendakwa dia tidak mengenali Tharani dengan rapat yang bekerja sebagai seorang kerani bagaimanapun suspek bekerja di bahagian penyelenggaraan selama setahun.

"Dia bekerja untuk syarikat sebelum ini dan apabila pihak pengurusan baru mengambil alih, mereka mengambil suspek bekerja.

"Apa yang berlaku pada hari itu biarlah polis yang siasat," kata sumber.

Polis mempercayai Tharani, 37, ditikam di leher di dalam keretanya kerana enggan mengahwini lelaki itu.

Suspek memandu kenderaan ke balai polis Damansara pada pukul 3 petang Isnin untuk mengakui jenayah yang dilakukan dan turut membawa mayat mangsa yang diletakkan di tempat duduk hadapan.

Kedua-dua mereka berada di dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara ketika mangsa dibunuh.

Bapa mangsa tidak dapat menahan perasaan hiba ketika berdiri di hadapan keranda Tharani.

Pihak keluarga meminta agar tidak diganggu kerana mereka masih berduka di atas kehilangan wanita itu.

Tags / Kata Kunci: Tharani , cuti sakit

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan