Kopi Perisa Durian Tiada Campuran Bahan Kimia - Dr Subra - Berita Semasa | mStar

Kopi Perisa Durian Tiada Campuran Bahan Kimia - Dr Subra

Diterbitkan: Khamis, 8 Februari 2018 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati tiada sebarang campuran bahan kimia asing dalam peket asal kopi berperisa durian, yang didakwa menyebabkan dua pengawal keselamatan warga Nepal diserang sawan dan letih teruk selepas meminum kopi itu baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata peket tercemar hanyalah yang diperoleh daripada tong sampah serta yang diedarkan oleh mereka yang  tidak dikenali.

“Sekarang, kita serah kepada polis untuk melakukan siasatan penuh berhubung perkara ini. Ia sudah di luar bidang kuasa kementerian.

“Pemantauan terhadap peket asal memang tiada sebarang tanda campuran bahan kimia asing.

“Bagaimanapun pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung isu kopi perisa durian yang dipercayai mengandungi dadah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di Taman Sentosa di sini, Khamis.

Turut hadir Pengerusi MIC Pahang Datuk R Goonasakaren dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: kopi , durian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan