UM Melonjak Ke-46 Di Asia - Berita Semasa | mStar

UM Melonjak Ke-46 Di Asia

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam  Asia University Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) melonjak ke tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.

Naib Canselornya Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim berkata, sistem penarafan itu merupakan penanda aras UM berbanding institusi pengajian tinggi lain dari segi mengukur kedudukan dan status semasa universiti.

“Ia juga amat penting bagi UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan industri serta perkongsian strategik antarabangsa.

“Peningkatan UM dalam ranking juga adalah bukti pelaburan dan inisiatif yang diambil sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik prestasi universiti berada di landasannya,” katanya dalam kenyataan Rabu.

Ini merupakan tahun kedua UM menyertai THE University Rankings dan menurut laman sesawang majalah  itu universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University di Singapura. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: UM , Asia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan