Lans Koperal Ditahan Terima Rasuah - Berita Semasa | mStar

Lans Koperal Ditahan Terima Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 7:56 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU:  Seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Pagoh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Batu Pahat pada Selasa kerana menerima wang rasuah berjumlah RM700.

Suspek lelaki berusia 28 tahun itu, ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Abdullah, Bandar  Maharani, Muar, kira-kira 3.00 petang tadi.

Menurut sumber, suspek didapati menerima wang rasuah itu daripada seorang staf kontraktor sejak November tahun lepas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan mengambil pekerja buruh asing tanpa permit bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan sekitar Pekan Pagoh.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit dengan kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pagi esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan