Lagi Kes Kopi Pracampuran Buat Pengguna Pening, Muntah - Berita Semasa | mStar

Lagi Kes Kopi Pracampuran Buat Pengguna Pening, Muntah

Diterbitkan: Ahad, 4 Februari 2018 7:26 PM

Siasatan awal mendapati kopi campuran yang diminum dua mangsa terkini adalah sama jenama dengan kopi yang diminum lima individu yang mengalami gejala letih dan lemah sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Sabtu selepas mengalami pening dan muntah dipercayai selepas meminum sejenis kopi pracampuran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata, mereka yang bekerja sebagai pemandu lori sampah itu minum kopi berkenaan, yang diberikan oleh rakan sekerja mereka seorang warga Bangladesh pada Khamis lepas, pada pukul 2.30 petang Sabtu sebelum mengalami pening dan muntah.

"Mangsa terima satu bungkusan 'white coffee' dari lelaki Bangladesh pada Khamis lepas dan pukul 2.30 petang hari ini telah bancuh kopi tersebut dan minum.

"Lebih kurang 10 minit kemudian mangsa rasa pening-pening dan muntah sebelum dibawa ke HPP," kata beliau.

Menurut mangsa lelaki Bangladesh itu memberitahu telah menjumpai dua bungkusan kopi dalam tong sampah, satu bungkusan diambil oleh lelaki Bangladesh itu dan satu lagi diberikan kepada mangsa," katanya di sini pada Sabtu.

Anuar berkata siasatan awal mendapati kopi campuran yang diminum dua lelaki berkenaan adalah sama jenama dengan kopi yang diminum lima individu yang mengalami gejala letih dan lemah sebelum ini tetapi berlainan perisa.

Beliau berkata pihaknya telah berjumpa dengan penyelia syarikat lori sampah berkenaan memintanya menghubungi lelaki Bangladesh tersebut untuk menyerahkan bungkusan kopi yang dijumpainya kepada polis untuk dianalisis dengan segera.

Sebelum ini, lima individu termasuk dua wanita mendapatkan rawatan di HPP sejak Ahad hingga Selasa selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas dipercayai minum kopi campuran “durian white coffee” itu.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan menjalani beberapa ujian.

Tiga daripada mereka sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik. - Bernama

Tags / Kata Kunci: kopi pracampuran
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan