Faliq, Chryseis Sah Bergelar Suami Isteri - Berita Semasa | mStar

Faliq, Chryseis Sah Bergelar Suami Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 2 Februari 2018 12:22 PM

Falid dan Chryseis sah bergelar suami isteri pada Jumaat. Foto instagram hamzahalang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Chryseis Tan, anak jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Pasangan itu disatukan pada pagi Jumaat dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1,000. 

"Alhamdulillah, keluarga semakin besar," kata abang Faliq, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menerusi 'posting' di laman sosial Instagramnya.

Faliq yang merupakan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 di Marrakesh, Maghribi, semasa kedua-dua mereka bercuti.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan