Faliq, Chryseis Kahwin Hari Ini? - Berita Semasa | mStar

Faliq, Chryseis Kahwin Hari Ini?

Diterbitkan: Jumaat, 2 Februari 2018 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Chryseis Tan, anak jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan, bakal berkahwin dengan SM Faliq Nasimuddin, anak kepada Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, pada Jumaat.

Pengumuman itu dibuat oleh majalah gaya hidup Prestige Malaysia dalam satu 'posting' di Instagram pada Khamis.

Faliq yang merupakan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 di Marrakesh, Maghribi, semasa kedua-dua mereka bercuti.

Pasangan itu sendiri tidak membuat pengumuman mengenai perkahwinan mereka pada Jumaat.

Antara 'posting' terakhir Chryseis di Instagram adalah pada Rabu lalu di mana beliau memuat naik gambarnya semasa 'bridal shower'.

Gambar itu menunjukkan beliau bersama rakan-rakannya di satu lokasi bertemakan tropika dengan latar belakang tertera: From Miss to Mrs (Dari Cik ke Puan). 

Terbaru pada Khamis, Chryseis memuat naik gambarnya bersama Faliq dalam persalinan pengantin berlatarkan pergunungan dan tasik.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan