Polis Cari Saksi Kes Tipu Pakej Umrah Kak Ton - Berita Semasa | mStar

Polis Cari Saksi Kes Tipu Pakej Umrah Kak Ton

Diterbitkan: Khamis, 1 Februari 2018 3:00 PM

Suri rumah Zaiton Man, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu, atas 11 pertuduhan menipu pakej umrah membabitkan kerugian RM44,000 sejak dua tahun lalu. Majistret Najwa Hashim membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,500 dan menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan semula kes. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang sedang menjejaki seorang lelaki, Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38 bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM44,000 sejak akhir Disember 2016 hingga Oktober tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superitendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata berdasarkan maklumat terakhir polis  saksi dipercayai pernah menetap di alamat No.15 Kampung Larut Tin, Taiping, Perak dan No.3 Lorong 4, Jalan Cempaka, Kampung Majidee Baru, Johor Bahru.

"Bagaimanapun usaha mengesan Tuan Mohd Yusri di alamat berkenaan gagal dan dia diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang atau berhubung dengan Insp James Johason di talian 012-5151417 bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah Kak Ton," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Semalam seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin atas 11 pertuduhan melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM44,000 sejak akhir Disember 2016 hingga Oktober tahun lepas.

Zaiton Man, 48 atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, didakwa telah memperdaya mangsa dari sekitar Felda  Keratong, Bandar Muadzam Shah, dan Bandar Tun Razak, Rompin.

Mangsa yang kecewa kerana gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal Disember tahun lepas kemudian membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah.

Difahamkan  Kak Ton adalah wakil sebuah syarikat yang  berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula bekerjasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu yang berkenaan  mengerjakan umrah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: pakej umrah , Kak Ton , tipu umrah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan