Beri Ruang Orang Bukan Islam Hadir Perbicaraan Mahkamah Syariah - Berita Semasa | mStar

Beri Ruang Orang Bukan Islam Hadir Perbicaraan Mahkamah Syariah

Diterbitkan: Khamis, 1 Februari 2018 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau berkata peruntukan  Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.

“Pindaan itu berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekali gus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah. - Bernama

Tags / Kata Kunci: mahkamah syariah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan