Enam Penerbangan Menuju KLIA Terpaksa Dialihkan - Berita Semasa | mStar

Enam Penerbangan Menuju KLIA Terpaksa Dialihkan

Diterbitkan: Khamis, 1 Februari 2018 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak enam penerbangan yang dijadualkan tiba di Kuala Lumpur telah dialihkan ke lapangan terbang utara Semenanjung Malaysia akibat cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketika dihubungi pada Khamis, Malaysia Airports berkata, lima penerbangan dijangka tiba di Kuala Lumpur dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sementara penerbangan dari Bangkok (Malaysia Airlines MH789) pula terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Berikut adalah penerbangan yang dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang:

* Malaysia Airlines MH1397 dari Kota Baru ke Kuala Lumpur

* Malaysia Airlines MH001 dari London ke Kuala Lumpur

* Malindo Air OD551 dari Yangon ke Kuala Lumpur

* Cathay Dragon KA725 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur

* Himalaya Airlines H9890 dari Kathmandu ke Kuala Lumpur

Tags / Kata Kunci: KLIA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan