JPJ Nafi Kompaun Lewat Baharui Lesen Memandu - Berita Semasa | mStar

JPJ Nafi Kompaun Lewat Baharui Lesen Memandu

Diterbitkan: Rabu, 31 Januari 2018 1:12 PM

Shaharuddin Khalid. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

CHERAS:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali lagi menafikan tular di media sosial kononnya jabatan itu mengenakan kompaun ke atas pemandu yang lewat memperbaharui lesen.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya juga tidak pernah menawarkan harga tentu untuk mendapatkan atau memperbaharui lesen memandu.

“Pengguna harus memperbaharui lesen yang sudah tamat tempoh di kaunter JPJ. Kita ikut undang-undang yang sedia ada, tiada ‘special offer’ yang ditawarkan kepada orang ramai,’ katanya.

Shaharuddin turut menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dengan mesej yang mendakwa JPJ mengenakan kompaun berganda sekiranya lewat memperbaharui lesen.

“Orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu tanpa dikenakan kompaun dan tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih tiga tahun.

“Berhubung tular ini, kami akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media dalam Ops Bersepadu di Jalan Cheras, malam Selasa.

Terdahulu, satu tular tersebar di media sosial mendakwa JPJ mengenakan kompaun sekiranya lewat memperbaharui lesen.

Ia turut mendakwa kononnya kadar kompaun itu adalah undang-undang baharu terhadap pemandu mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu tanpa lesen sah dan tamat tempoh. - Sinar Online


Tags / Kata Kunci: JPJ
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan