Harga Minyak Naik - Berita Semasa | mStar

Harga Minyak Naik

Diterbitkan: Rabu, 31 Januari 2018 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen kepada RM2.31 seliter dan RM2.58 seliter bermula tengah malam ini sehingga 7 Februari.

Harga  runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM2.34 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya pada Rabu.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 25 hingga 31 Januari, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.29 seliter, RON97 (RM2.56 seliter) dan diesel (RM2.31 seliter). 

Tags / Kata Kunci: Harga Petrol , Diesel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan