SPRM Masih Tunggu Selangor Tandatangan IBR - Berita Semasa | mStar

SPRM Masih Tunggu Selangor Tandatangan IBR

Diterbitkan: Selasa, 30 Januari 2018 2:40 PM

Dzulkifli Ahmad

Dzulkifli Ahmad.

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Sudah dua tahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menunggu kerajaan negeri Selangor untuk menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR), kata Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

"Kita menunggu dengan sabar selama dua tahun. Kita tidak berputus asa. Tetapi setakat ini, kita tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada pemberita selepas majlis menandatangani IBR oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

"Agensi di bawah kerajaan negeri Selangor telah menandatangani ikrar itu dan kita kini sedang menunggu kerajaan negeri.

"Mudah-mudahan mereka akan melakukannya sebelum pilihan raya umum akan datang," kata Dzulkifli, sambil menambah bahawa beliau tidak tahu mengapa Selangor tidak menandatangani IBR.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, kerajaan negeri komited untuk menyokong IBR yang dimulakan oleh SPRM, tetapi menambah bahawa pentadbiran itu melihat IBR sahaja tidak mencukupi.

Beliau berkata, terdapat beberapa langkah tambahan yang dilaksanakan oleh pentadbiran negeri di peringkat negeri.

Sebagai contoh, beliau berkata, semua ahli majlis eksekutif negeri perlu menandatangani perisytiharan mengenai kepentingan mereka dalam perkara-perkara yang dibincangkan pada mesyuarat exco mingguan, yang mana beliau menyifatkan ia lebih berkesan daripada hanya berikrar.

Menteri Besar itu berkata, beliau akan menemui ketua SPRM Selangor yang baru dilantik, Datuk Alias ​​Salim tidak lama lagi untuk menjelaskan pendirian kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Ikrar Bebas Rasuah , IBR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan