Maut Ketika Cas Telefon Bimbit - Berita Semasa | mStar

Maut Ketika Cas Telefon Bimbit

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 8:35 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit di rumah rakannya di Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata Rosli Othman, 35, dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memasang pengecas telefon bimbit ke plug penyambung di Felda Bukit Senggeh.

“Mangsa yang berkerja sebagai buruh ditemui oleh rakanya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri bersebelahan dengan telefon bimbit, pengecas telefon dan plug penyambung kira-kira pada 11.30 malam,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Siasatan polis tidak menemui sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.Tiada  unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jasin untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Maut , Cas Telefon Bimbit
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan