'Kem Dapat Jodoh' Bantu Bujang Muslim - Berita Semasa | mStar

'Kem Dapat Jodoh' Bantu Bujang Muslim

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rasa terseksa menjalani hidup keseorangan mendorong seorang janda untuk menganjurkan 'kem cinta' pertama yang dibuat untuk orang Islam yang belum berkahwin bagi mencari perhubungan yang halal.

Ahli perniagaan, Nor Daayah Abdullah, 40, berkata, kem sehari yang dikenali sebagai 'Kem Dapat Jodoh' itu turut bertujuan untuk membantu rakan-rakan Muslim bagi membina keyakinan mereka mencari pasangan yang sesuai.

"Saya memahami rasa keseorangan, kerana suami saya meninggal setahun yang lalu dan kami tidak mempunyai anak bersama," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menyedari isu-isu yang berkaitan orang Islam menjalinkan hubungan terutama di ruang siber.

"Saya pernah menyertai beberapa kumpulan 'dating' dalam talian dan ramai yang mengatakan mereka bujang tetapi sebenarnya tidak.

"Ketika itulah saya memutuskan untuk membuat idea ini bagi membantu mereka yang benar-benar mahu mencari pasangan hidup tanpa ditipu," katanya.

Nor Daayah yang juga jurulatih perniagaan berkata, kem itu mempunyai pengisian seperti ceramah oleh pakar motivasi yang berpengalaman mengenai bagaimana untuk memperbaiki diri sebelum mencari pasangan.

"Para peserta akan mempelajari bagaimana mempersiapkan diri secara fizikal, mental dan kewangan sebelum bernikah dan bagaimana mengatasi kelemahan mereka.

"Kemudian, pada sebelah petang, kami akan mengaturkan 'speed dating' halal buat mereka," katanya.

Nor Daayah berkata, maklum balas terhadap kem tersebut amat menggalakkan terutamanya selepas risalah yang membincangkan virus virus itu di media sosial.

"Telefon kami berdering tanpa henti. Ramai yang mahu menjadi sebahagian daripada acara ini," katanya.

Bagaimanapun, untuk menyertai kem, peserta mestilah beragama Islam dan bujang.

"Orang Islam berkahwin tidak dibenarkan," katanya.

Kem tersebut akan diadakan di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada 3 Mac dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.

Promosi untuk peserta terawal sehingga 12 Februari hanya dikenakan bayaran RM70 seorang dan kadar biasa adalah RM100 seorang.

Tags / Kata Kunci: jodoh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan