BNM Tegur Pengguna Twitter - Berita Semasa | mStar

BNM Tegur Pengguna Twitter

Diterbitkan: Rabu, 24 Januari 2018 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegur seorang pengguna akaun twitter yang menyamar kononnya sorang pekerja bank pusat itu.

BNM menerusi akaun  rasminya @BNM_official menulis:  "Hi Siti. Tolong berhenti memutarbelitkan BNM. Tolong berhenti menyamar sebagai kakitangan BNM.

Kakitangan BNM tidak berkelakuan seperti yang anda buat. Kami terikat dengan Kod Tatalaku. Sila maklum."

Komen tweet oleh BNM itu dikeluarkan selepas pengguna, Siti Zulaiha yang menggunakan nama akaun sebagai @zulaihaanuar_, mengancam seorang pengguna  MEIN bernama @meinmokhtar supaya menyekat identifikasinya pada masa akan datang jika dia tidak menghormatinya, yang kononnya bekerja di BNM.-- Bernama    

Tags / Kata Kunci: Bank Negara , Twitter
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan