Kereta Tenggelam, Lembah Klang Dilanda Banjir Kilat - Berita Semasa | mStar

Kereta Tenggelam, Lembah Klang Dilanda Banjir Kilat

Diterbitkan: Rabu, 24 Januari 2018 7:42 PM

Banjir kilat di sepanjang Sungai Buloh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Foto Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hujan lebat selama beberapa jam di sekitar Lembah Klang pada petang Rabu menyebabkan banjir kilat di sekitar kawasan Damansara dan Sungai Buloh dekat sini.

Antara lokasi yang terjejas adalah Jalan Sungai Buloh selepas Plaza Tol Sungai Buloh dekat Stesen MRT dan juga Damansara Damai.

Beberapa gambar yang tular di media sosial juga mengakibatkan kelihatan ada kereta yang melalui jalan itu tenggelam.

Banjir di Persiaran Surian dekat Kota Damansara.

Selain itu, Jalan Persiaran Surian di antara Mutiara Damansara dan Kota Damansara berdekatan dengan Kondominium Palm Spring Damansara turut ditelenggami air.

Keadaan banjir kilat ini mengakibatkan kesesakan teruk di sekitar Lembah Klang terutama di Petaling Jaya dan Sungai Buloh.

Banjir kilat di Kota Damansara.

Sementara itu, menurut laporan Bernama memetik Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri sebagai berkata, kesesakan lalu lintas berlaku akibat air bertakung di beberapa laluan utama seperti di Jalan Persiaran Surian di Petaling Jaya dan Jalan B27 berhampiran Jusco Rawang.

“Kesesakan berlaku lebih tujuh kilometer akibat laluan dinaiki air kira-kira 0.6 meter. Ini berpunca daripada hujan yang terlalu lebat dan berterusan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Selain itu, enam rumah di Fasa Empat, Taman Rahmat Jaya, Gombak turut ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter akibat limpahan air dari Sungai Kuang yang melepasi had ban sedia ada di taman berkenaan.


Tags / Kata Kunci: banjir kilat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan