Polis Kesan Suspek Cabul Kanak-Kanak Di ‘Fun Fair’ - Berita Semasa | mStar

Polis Kesan Suspek Cabul Kanak-Kanak Di ‘Fun Fair’

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis sedang mengesan suspek kes cabul membabitkan seorang lelaki terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, dipercayai berlaku di sebuah fun fair di Sungai Petani yang telah tular di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, ibu mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian pagi Isnin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dibawa keluar oleh suspek dari rumahnya di Sungai Lalang selepas meminta kebenaran ibunya untuk membeli makanan pada malam kejadian, 20 Januari 2018 jam lebih kurang 11 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a)Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sebelum ini video berdurasi 20 saat tular apabila seorang lelaki dipercayai memasukkan tangan dalam baju kanak-kanak perempuan sementara pipinya mencium mangsa yang ketika itu berada di fun fair dengan berlatar belakang muzik yang kuat. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Cabul Kanak-Kanak , Fun Fair

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan