TOC Tawar Pelan Perantis, Pelan Pembiayaan Pinjaman Buat Pelajar - Berita Semasa | mStar

TOC Tawar Pelan Perantis, Pelan Pembiayaan Pinjaman Buat Pelajar

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 11:00 AM

Pengasas Kolej Automotif TOC, Adelaine Foo (lima dari kiri) bersama rakan industri pada Program Bina Bakat TOC.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: “Menawarkan pelan perantis dan pelan pembiayaan pinjaman pendidikan untuk pelajar.”

Mungkin ia sukar dipercayai tetapi itulah langkah Kolej Automotif TOC (TOC) melalui Program Bina Bakat TOC dalam memastikan golongan belia mendapat peluang menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Pengasas Kolej Automotif TOC, Adelaine Foo, program ini dilaksanakan bagi melahirkan golongan muda yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan industri melalui pendidikan berkualiti tinggi di samping penekanan terhadap kebajikan pelajar.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai ibu bapa dan pelajar bergelut untuk membiayai kos pendidikan pengajian tinggi.

“Sebagai pendidik perintis industri automotif di Malaysia, kami mengambil peranan serta komited dalam mengatasi cabaran luar yang boleh mengurangkan peluang pembelajaran pendidikan tinggi dalam kalangan generasi muda," katanya ketika ditemui pada Program Bina Bakat TOC yang diadakan di Kolej Automotif TOC di sini, Isnin.


Sekumpulan pelajar menjalani latihan di bengkel latihan Kolej Automotif TOC

Program ini menawarkan pelan perantis dan pelan pembiayaan pinjaman pendidikan untuk pelajar, yang mana pinjaman pendidikan disediakan bagi kursus yang didaftarkan dan para pelajar hanya perlu membuat pembayaran balik melalui potongan bulanan daripada gaji atau elaun mereka ketika dalam tempoh perantisan atau penempatan pekerjaan tetap.

Program perantisan ini akan mengambil masa selama dua tahun setengah bagi kelayakan diploma dan 18 bulan bagi kursus sijil yang mana para pelajar akan mempelajari secara teori dan latihan praktikal industri secara bergilir oleh majikan terpilih (rakan industri TOC) sepanjang semester.

Pelajar yang berdaftar dikehendaki menghadiri beberapa sesi temuduga serta menjalani ujian psikometrik sebelum dipilih menyertai program ini.

Permohonan pertama Program Bina Bakat TOC akan dibuka untuk pengambilan pertama pada 3 Februari 2018.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi TOC di www.toc.edu.my atau halaman Facebook di Facebook/TOC.edu.

Tags / Kata Kunci: TOC , Program Bina Bakat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan