Ahli Politik Didakwa Terima Sogokan Projek Terowong Dasar Laut - Berita Semasa | mStar

Ahli Politik Didakwa Terima Sogokan Projek Terowong Dasar Laut

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 9:07 PM

Pemandangan udara di Pantai Bersih di sepanjang Bagan Ajam, utara Butterworth di mana Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang dijangka akan disambungkan dengan Gurney Drive.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa ahli politik dipercayai menerima wang sogokan daripada kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Sumber yang biasa dengan siasatan itu berkata, rasuah yang diterima adalah antara beberapa ratus ribu sehingga jutaan ringgit.

"Pada peringkat ini, pegawai siasatan cuba menyiasat bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran dibuat.

"Dipercayai bahawa perkara itu boleh dikaitkan dengan pertukaran kedua-dua tanah tersebut sebagai bayaran untuk kajian kebolehlaksanaan," kata sumber itu sambil menambah bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi berhubung isu tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas.

Tags / Kata Kunci: SPRM , terowong dasar laut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan