Wan Azizah Pertahankan Permatang Pauh - Berita Semasa | mStar

Wan Azizah Pertahankan Permatang Pauh

Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 9:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) akan mempertahankan kerusi di parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekaligus menamatkan spekulasi bahawa anaknya Nurul Izzah Anwar akan bertanding di kerusi tersebut.

"Saya ialah penyandang, saya akan mempertahankan kerusi saya. Perubahan berlaku tetapi pada masa ini, saya akan mempertahankan kerusi saya," kata Dr Wan Azizah pada sesi temu bual dengan portal berita tempatan, Khamis.

Pada Disember tahun lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan bertanding kerusi di parlimen itu pada PRU ke-14.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh pada 1982 dan sehingga 1999 sebelum beliau dipenjara atas kesalahan salah guna kuasa.

Dr Wan Azizah kemudiannya bertanding dan memenangi kerusi tersebut pada tahun itu dan pada PRU 2004 dan 2008.

Pada 31 Julai 2008, beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada suaminya yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya.

Kerusi itu kosong sekali lagi apabila kelayakan Anwar dibatalkan kerana didapati bersalah atas tuduhan meliwat.

Dr Wan Azizah bertanding dalam pilihan raya kecil pada 2015 dan memenangi kerusi itu sekali lagi.

Tags / Kata Kunci: Wan Azizah , PRU , Pilihan Raya Umum

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan