Harga Petrol Naik, Diesel Kekal - Berita Semasa | mStar

Harga Petrol Naik, Diesel Kekal

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 6:13 PM

Sumber twitter @RTM_Malaysia

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga baharu bahan api petrol naik sebanyak empat sen, manakala diesel pula kekal mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan RON97 naik sebanyak empat sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.57 seliter.

Manakala harga diesel pula kekal kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada petang Rabu dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 24 Januari ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

Tags / Kata Kunci: bahan api , diesel , minyak , RON95 , RON97
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan