'Jumpa Agong Bukan Tujuan Bubar Parlimen' - Berita Semasa | mStar

'Jumpa Agong Bukan Tujuan Bubar Parlimen'

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 6:10 PM

Tular gambar yang melibatkan Najib bersama pimpinan tertinggi lain yang mengadap Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebenarnya bukan tujuan untuk pembubaran Parlimen.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tular gambar yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pimpinan tertinggi lain yang menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebenarnya bukan tujuan untuk pembubaran Parlimen.

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, gambar itu sebaliknya merupakan gambar lama yang diambil  bersempena dengan Istiadat Pembukaan Parlimen.

"Saya mengesahkan gambar itu diambil sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Majlis Persidangan Parlimen Ketiga Belas pada 6 Mac 2017, bukan gambar baharu dan bukannya gambar menghadap Yang Dipertuan Agong untuk pembubaran Parlimen," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas perihal gambar itu, Tengku Nasaruddin berkata, mungkin gambar itu diambil daripada media sosial rasmi Parlimen.

Sebelum ini, tular berhubung gambar berkenaan yang mengaitkan Najib menghadap Yang di Pertuan Agong untuk tujuan pembubaran Parlimen.

Pada gambar itu turut disertakan 'Info yang berbunyi' Info terkini:

Parlimen bubar 22 Feb.

Penamaan calon 13 Mac.

Pengundian awal (undi pos) 22 Mac.

Pengundian umum 24/25 Mac.

- Sinar Online

Tags / Kata Kunci: PRU , Parlimen , pilihan raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan