Tun M Tolak Tawaran Azmin - Berita Semasa | mStar

Tun M Tolak Tawaran Azmin

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 9:39 AM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

SETIAWANGSA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak.

"Saya telah membuat keputusan bahawa saya akan bertanding di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya," katanya selepas melancarkan Pribumi bahagian Setiawangsa pada Ahad.

Ditanya sama ada beliau menghargai tindakan Azmin, Dr Mahathir berkata: "Ya. Terima kasih banyak-banyak. Tetapi saya sudah buat keputusan."

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepadanya pada pilihan raya akan datang.

"Saya bersedia memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR. Mari membingkai muafakat demi rakyat,” kata Azmin di akaun Twitter pada malam Sabtu.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Dr Mahathir Mohamad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan