Sultan Johor Lawat Mangsa Banjir - Berita Semasa | mStar

Sultan Johor Lawat Mangsa Banjir

Diterbitkan: Ahad, 14 Januari 2018 4:36 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melihat penyediaan makanan untuk mangsa banjir ketika membuat lawatan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MERSING: Sultan Johor  Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad berkenan berangkat ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan di sini bagi melawat mangsa banjir yang ditempatkan di situ sejak empat hari lalu.

Keberangkatan tiba baginda pada 12 tengah hari diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan disambut Pegawai Daerah Mersing Ashari Kasnan serta Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang.

Di samping meninjau ruang khemah sementara yang menempatkan kira-kira 1,000 mangsa itu, Sultan Ibrahim turut melihat penyediaan makanan untuk mangsa banjir selain  mengambil peluang beramah mesra dengan rakyat jelata.

Baginda meluangkan kira-kira 15 minit di PPS berkenaan.

Ini merupakan kali kedua Mersing dilanda banjir tahun ini selepas kejadian pada 1 Januari lepas.

Setakat ini, sebanyak 13 PPS dibuka di daerah ini bagi menempatkan 1,239 mangsa daripada 347 keluarga.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Sultan Ibrahim , mangsa banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan