19 Peniaga Durian Tipu Pelanggan Didenda - Berita Semasa | mStar

19 Peniaga Durian Tipu Pelanggan Didenda

Diterbitkan: Jumaat, 12 Januari 2018 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seramai 19 peniaga durian di Negeri Sembilan didenda sebanyak RM5,200 selepas dikesan menipu pelanggan dengan memanipulasi alat penimbang.

Denda tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) cawangan Negeri Sembilan dalam operasi 'Ops Duri' yang dilaksanakan pada Isnin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, denda tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 14 (6) Akta Timbang dan Sukat 1972.

Operasi tersebut yang turut melibatkan Perbadanan Metrologi Malaysia Sdn. Bhd. dilaksanakan ke atas 46 premis menjual durian di sekitar Mantin, Senawang, Jalan Pantai-Jelebu dan Kuala Klawang.

Perbadanan Metrologi Malaysia Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam mengesahkan dan menawarkan perkhidmatan pengesahan semula ke atas semua alat timbang dan sukat.

Tags / Kata Kunci: durian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan