SPRM Tahan 11 Individu Termasuk Pegawai TM - Berita Semasa | mStar

SPRM Tahan 11 Individu Termasuk Pegawai TM

Diterbitkan: Rabu, 10 Januari 2018 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan sembilan individu termasuk seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa antara 2016 dan Mac 2017.

Kesemua suspek yang ditahan disyaki bersubahat dan terlibat mengemukakan 55 dokumen Arahan Penyelenggaraan dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada pihak TM.

Dokumen-dokumen itu dipercayai untuk mengeluarkan kabel dari gudang TM.

Difahamkan, akibat perbuatan itu, TM telah mengalami kerugian bernilai antara RM4 juta hingga RM6 juta dalam jangka masa tersebut.

Sumber berkata, pegawai TM berusia 40 tahun itu ditahan di Taman Puncak Utama, Kajang.

Selebihnya adalah tiga pemilik syarikat kontraktor yang masing-masing berusia 37, 42 dan 30 tahun.

Turut ditahan dalam operasi itu adalah seorang sub kontraktor berusia 47 tahun dan bekas pekerja kepada syarikat telekomunikasi berusia 41 tahun.

Selain itu, pasukan penyiasat juga menahan tiga bekas pemandu kepada dua syraikat kontraktor yang masing-masing berusia 51, 56 dan 45 tahun," katanya.

Operasi itu berlangsung sekitar jam 2 petang hingga 6.30 petang tadi dan tangkapan dilakukan di beberapa lokasi antaranya, di Batu Caves, Damansara Damai dan Seri Kembangan.

Sementara itu, SPRM Negeri Sembilan juga telah menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pengarah syarikat kerana disyaki bersubahat dengan kakitangan telekom Malaysia dan menerima rasuah dalam aktiviti membawa keluar drop fiber berjenama Lite Kabel milik Telekom Malaysia (TM) dan dijual di pasaran.

Kedua-dua suspek berusia 47 tahun dan 30 tahun masing-masing ditahan SPRM Negeri Sembilan dan Seremban antara jam 11.30am dan 5.30pm, Rabu.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua suspek akan direman esok untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: SPRM , TM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan