Mesej Amaran 'Pegawai Menyamar Untuk Merompak' Palsu! - Berita Semasa | mStar

Mesej Amaran 'Pegawai Menyamar Untuk Merompak' Palsu!

Diterbitkan: Rabu, 10 Januari 2018 1:15 PM

Mesej amaran yang tular.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mesej tular yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan perompak yang menyamar sebagai pegawai 'Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri' sebenarnya adalah amaran yang dikeluarkan kepada warga Afrika Selatan.

Mesej tersebut turut mendakwa bahawa pihak berkuasa sedang memeriksa dokumen pengenalan penduduk tempatan, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

"Peringatan Keselamatan: Amaran, terdapat sekumpulan individu yang berkunjung ke rumah-rumah dan menyamar sebagai pegawai Hal Ehwal Dalam Negeri. Mereka mempunyai dokumen dengan kepala surat Jabatan Dalam Negeri dan mendakwa mahu membuat pengesahan bahawa setiap orang mempunyai pengenalan yang sah untuk pilihan raya akan datang. Mereka merompak kediaman. Tidak ada inisiatif seperti itu daripada kerajaan. Hantar mesej ini kepada kumpulan sembang lain. Mereka berada di mana-mana dan mempunyai personaliti menarik."

Kenyataan yang hampir sama telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Republik Afrika Selatan di laman webnya pada Oktober 2017>

Jabatan ini telah memberi amaran kepada warga Afrika Selatan terhadap sekumpulan individu yang melawat rumah-rumah di Afrika Selatan, berpura-pura menjadi pegawai jabatan tersebut.

"Mereka membawa dokumen dengan kepala surat Hal Ehwal Dalam Negeri dan menuntut pengesahan kesahihan ID untuk pilihan raya yang akan datang," kata kenyataan itu.

"Individu ini adalah penjenayah yang merompak isi rumah sebaik sahaja mereka masuk. Tiada inisiatif sedemikian dari jabatan, "katanya.

Tags / Kata Kunci: rompak , mesej palsu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan