Tun M Kembali Akan Rosakkan Negara - TPM - Berita Semasa | mStar

Tun M Kembali Akan Rosakkan Negara - TPM

Diterbitkan: Selasa, 9 Januari 2018 3:19 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Dr Mahathir akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir  yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

"Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat  bahawa  tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media selepas  merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, Selasa.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan turut  mengumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Terdahulu, Ahmad Zahid menggesa kelab pencegahan jenayah di peringkat sekolah diisi dengan pelbagai program dan aktiviti selain daripada ceramah bagi mendedahkan para pelajar tentang bahaya jenayah dan cara mengelaknya.

Katanya, pihak sekolah perlu melaksanakan program berbentuk berhikmah dan mempunyai maksud tersirat termasuk menerusi kerjasama dengan pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia agar pelajar dapat menghayati akibat kesalahan jenayah.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Tun M , Zahid Hamidi
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan