Jurulatih Atur Perlawanan Direman - Berita Semasa | mStar

Jurulatih Atur Perlawanan Direman

Diterbitkan: Sabtu, 6 Januari 2018 11:55 AM

bola
(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang ketua jurulatih pasukan bola sepak dari Tampin direman selama lima hari kerana didakwa membayar pemainnya sebanyak RM80 setiap seorang untuk kalah dalam perlawanan.

Majistret Rahimah Rahim mengeluarkan perintah reman pada Sabtu susulan permohonan daripada pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Suspek diwakili peguam, Nadirah Mohd Yusof dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Jurulatih berusia 40 tahun itu yang ditahan pada Jumaat, didakwa membayar setiap seorang daripada 18 pemain dalam pasukannya untuk kalah dalam satu perlawanan ketika menentang Kuala Pilah TGI pada November tahun lalu.

Pasukan jurulatih berkenaan dan Kuala Pilah TGI bersaing di zon selatan Liga Bolasepak Rakyat.

SPRM memulakan siasatan selepas seorang individu yang mengesyaki perlawanan itu mungkin diaturkan membuat laporan mengenai insiden tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan