Seorang Maut, Empat Cedera Kren Runtuh - Berita Semasa | mStar

Seorang Maut, Empat Cedera Kren Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 2 Januari 2018 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang buruh binaan warga Indonesia berumur 38 tahun maut selepas sebuah kren runtuh di tapak pembinaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi Selasa apabila kren tersebut terbalik mengakibatkan kematian Matrias dan mencederakan empat yang lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, empat pekerja yang cedera terdiri daripada dua warga Indonesia dan dua warga Bangladesh, masing-masing berumur 30-an.

"Mereka dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tags / Kata Kunci: kren
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan