Selamat Tinggal Ampang Park! - Berita Semasa | mStar

Selamat Tinggal Ampang Park!

Diterbitkan: Sabtu, 30 Disember 2017 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum pusat beli-belah tertua di Malaysia terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada 1 Januari ini.

Tinjauan The Star di pusat beli-belah itu melihat pemburu barangan murah mengunjungi kedai-kedai yang masih terdapat di sana.

Barangan seperti pakaian dan produk elektronik dijual pada harga yang terlalu rendah.

Ramai pelanggan turut mengambil peluang untuk makan di restoran kegemaran mereka dan mengambil gambar terakhir di pusat beli-belah tersebut.

Pusat Beli-Belah Ampang Park yang dibuka pada tahun 1973, akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.

Pemilik butik, Betty Koh Yim Chan, 68, berkata, projek MRT adalah bagus, namun merobohkan pusat membeli-belah itu dianggap tidak adil kepada pemilik perniagaan di sana.

"Saya telah berada di sini selama 42 tahun, jadi saya berasa sedih tempat ini akan ditutup," katanya.

Seorang tukang jahit yang berusia 22 tahun dan hanya ingin dikenali sebagai Shahraz berkata, penutupan itu adalah beban baginya.

"Stesen MRT akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, tetapi ia telah menyebabkan masalah terhadap perniagaan seperti kami," katanya.

Dr Wan Maimun Wan Abdullah, 56, pula berkata, dia sedih melihat kemegahan Ampang Park yang sering dikunjungi sejak zaman universitinya telah sampai ke penghujung.

"Sudah tentu kita mahu pembangunan, tetapi hal seperti Ampang Park perlu dipelihara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ampang Park
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan