Rakyat Malaysia Ditahan Di Pakistan - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Ditahan Di Pakistan

Diterbitkan: Ahad, 24 Disember 2017 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi di Pakistan dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api  dari negara itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai penahanan lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu.

"Berdasarkan maklumat awal, kami sahkan yang lelaki warga Malaysia telah ditahan di Pakistan.

"Pihak polis  akan berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Media antarabangsa melaporkan pihak berkuasa negara itu  menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut  yang dikatakan mahu menaiki penerbangan  ke Bangkok, Thailand.

Gambar lelaki berkenaan yang ditahan di lapangan terbang itu serta pasport miliknya kini tersebar di laman sosial pada Sabtu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Dirtahan , Sleudup Senjata
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan