Gempa Bumi Iran: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Iran: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

Diterbitkan: Khamis, 21 Disember 2017 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden gempa bumi yang melanda Tehran, Iran semalam, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau dengan teliti situasi perkembangan insiden itu.

Rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi Kedutaan Malaysia, No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St. Eyvanak Blvd, Phase 4 Shahrak Qods Tehran, Iran.

Mereka juga boleh menghubungi melalui telefon (+9821) 8807 2444; (+9821) 8807 8606 atau e-mel di  mwtehran@kln.gov.my.Gempa bumi bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan bandar Malard di wilayah Tehran, 50 kilometer ke barat Tehran pada 11.27 Malam (waktu tempatan) semalam.

Tiada laporan mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi Iran , Kementerian Luar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan