Kes Bunuh, Gilis: Kerja 'Pembunuh Upahan' - Berita Semasa | mStar

Kes Bunuh, Gilis: Kerja 'Pembunuh Upahan'

Diterbitkan: Selasa, 19 Disember 2017 9:15 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kes bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak pada Ahad lalu menemui satu cerita baharu.

Mangsa kemungkinan besar menjadi tumpuan beberapa 'pembunuh upahan'.

Pada kejadian tersebut, seorang lelaki berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi angin tayarnya, namun mati ditempat kejadian selepas ditikam di bahagian jantung.

Pihak polis telah mengenal pasti pembunuh dan kini sedang memburu empat lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih ketika kejadian berlaku di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Mohd Kalil kader Mohd berkata, kenderaan tersebut menggunakan nombor plat palsu WB79L.


"Kami mengesan pemilik asal nombor plat itu, dan dia tiada kena mengena dengan kes ini," ujarnya dalam satu kenyataan sambil menambah sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

Laporan media berbahasa Cina mendakwa bahawa terdapat harga bagi mendapatkan kepada mangsa tersebut.

Dilaporkan ganjaran sebanyak RM23,888 untuk maklumat mengenainya dan RM32,888 jika dia berjaya ditangkap.

Mangsa berusia 44 tahun itu dikenali sebagai Ah Chiu diserang empat lelaki yang cuba menariknya masuk ke dalam kereta, namun dia menolaknya sebelum ditikam.

Mangsa rebah dan badannya digilis sebelum empat lelaki itu beredar.

Tags / Kata Kunci: Kes Tikam , Gilis
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan