AirAsia Lantik Riad Asmat CEO Baharu

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: AirAsia Bhd melantik Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu menggantikan Aireen Omar.

Aireen pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan - Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat.

Pelantikan tersebut diumumkan CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Malah beliau turut mengumumkan pelantikan Kapten Adrian Jenkins sebagai Ketua Pegawai Operasi AirAsia.

Riad, 46, merupakan anak kepada Tan Sri Asmat Kamaludin yang juga pengarah AirAsia X Bhd.

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Riad Asmat , AirAsia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan