Jenazah Lima Sekeluarga Dituntut Keluarga

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 12:03 PM

Lima dipercayai sekeluarga yang menaiki Perodua Viva maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan persimpangan Melayu Raya, Jalan Segamat, Labis, lewat petang Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di sini petang semalam dituntut oleh anggota keluarga di Hospital Segamat di sini kira-kira pukul 10.50 pagi Rabu.

Nizamuddin Dzulkarnain, 31, berkata jenazah adiknya Muhamad Abu Dujanah, 30;  serta adik iparnya Zinnirah Abdul Hamid, 28; serta tiga anak mereka Nur Maghfirah, 6;  Muhammad Abu Ajwad, 4, dan Nur Alia Humairah, tiga bulan akan dibawa ke rumah keluarga di Kampung Mengkibol, Kluang dekat sini.

Beliau berkata jenazah adiknya sekeluarga akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Manan, Kluang selepas solat Zuhur hari ini.

"Saya memohon kepada semua agar mendoakan arwah dan keluarganya. Terima kasih kepada semua bagi bantuan diberikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu pagi Rabu bagi menuntut jenazah adiknya yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik.

Dalam kemalangan di Km176, Jalan Johor Bahru-Seremban di sini 6.30 petang Selasa, seorang lagi anak mangsa Nur Ghaziyah Athirah, 3, kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Segamat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan