Tun M Akan Disiasat - KPN - Berita Semasa | mStar

Tun M Akan Disiasat - KPN

Diterbitkan: Selasa, 12 Disember 2017 7:25 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil polis untuk siasatan berhubung kenyataannya mengenai bangsa Bugis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pegawai penyiasat akan menyelesaikan tugas mereka termasuk menyoal siasat Dr Mahathir.

"Beliau pasti akan dipanggil untuk disoal siasat secepat mungkin," kata Mohamad Fuzi kepada pemberita di sini, Selasa.

Dua kertas siasatan dibuka berhubung kenyataan Dr Mahathir mengenai penghinaan terhadap bangsa Bugis pada perhimpunan Pakatan Harapan di Shah Alam, baru-baru ini.

Awal bulan lalu, Sultan Selangor yang juga keturunan Bugis menegur Dr Mahathir seolah-olah cuba dan menghasut rakyat Malaysia supaya membenci, menghina dan merendahkan orang Bugis.

Tags / Kata Kunci: Bugis , Dr Mahathir Mohamad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan