Zaid Digesa Mohon Maaf - Berita Semasa | mStar

Zaid Digesa Mohon Maaf

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 terdiri daripada penduduk, orang awam dan NGO berhimpun di dataran Mayang, Flat PKNS Seksyen 16 pada Ahad bagi mengutuk tindakan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa menghina dan mencabar kedaulatan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Perhimpunan yang bermula jam 9.30 pagi itu turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sultan Selangor dan kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu di negara ini.

Penasihat Perhimpunan Daulat Tuanku 2017, Tan Sri Noh Omar yang mewakili seluruh rakyat Selangor mendesak Zaid menuntut maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor atas keterlanjuran mengeluarkan kenyataan yang menyinggung baginda dan keseluruhan rakyat di negeri ini.

"Kami menyeru semua rakyat Selangor supaya berdiri teguh dan bersatu di belakang Sultan," katanya.

Satu deklarasi bantahan akan diserahkan kepada baginda pada Selasa ini.


Tags / Kata Kunci: Noh Omar , Zaid Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan