Masa Terhad, PRU Bila-Bila Masa Sebelum Jun - Najib - Berita Semasa | mStar

Masa Terhad, PRU Bila-Bila Masa Sebelum Jun - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 8:56 PM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berswafoto bersama orang ramai sebaik meninggalkan Dewan Merdeka selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tarikh PRU14, akan diadakan bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, BN mempunyai mandat untuk mentadbir negara sehingga pertengahan tahun hadapan.

"Semua orang tahu, kita ada 'limit time', iaitu tidak boleh lewat daripada Jun, jadi bila-bila masa sahaja sebelum Jun," katanya dalam sidang media di PWTC, di sini, Sabtu.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan veteran Umno, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang berkata, sebelum ini Najib pernah berpesan kepada perwakilan jangan ke mana-mana pada bulan Januari ini, Najib menegaskan bahawa 'PRU14 tidak semestinya diadakan pada bulan berkenaan'.

"Interpretasi boleh macam macam," katanya.

Jika dihitung mengikut peraturan, Dewan Rakyat sekarang akan terbubar secara automatik pada 24 Jun 2018.

Kemudian ada 60 hari lagi untuk SPR adakan PRU-14.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Najib , PRU
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan