Kerajaan Setuju Tubuh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 3:51 PM

Hamzah Zainuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam berhadapan dengan kos sara hidup, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno memberi kelulusan penubuhan majlis itu, yang dicadangkan wakil Pemuda Umno Jamawi Jaafar pada Perhimpunan Agung Umno 2017.

"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup bukan sahaja bersetuju, bahkan mengarahkan saya supaya setiap faktor yang menyumbang kepada inflasi seperti perumahan, pengangkutan, utiliti dan sudah tentu makanan dan minuman diberi fokus dalam perbincangan majlis tersebut,” katanya.

Hamzah yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul pada hari terakhir perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.

Ketika membahas usul ekonomi semalam, Jamawi yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno mencadangkan supaya majlis berkenaan ditubuhkan bagi membantu mengatasi masalah kos sara hidup, orang tengah dan sabotaj ekonomi negara.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Majlis Tindakan Sara Hidup

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan